Assalamualaikum....
Jawab ar salam tu dulu.. Pahala tu..
Ha... Pandai pun jawab.. hehe..
Ok. Sekarang baca la short story aku ni ea?
Nak buat bedtime story pun boleh.. hehe..
Kepada sesiapa yang sememangnya mengenali diri aku ni, memang diorang dah tahu aku ni anak sulong dari 8 orang adik beradik. Terkejut? Tak payah la nak terkejut. Rezeki parent aku murah. Nak buat macam mana kan. Jadi, tanggungjawab ayah aku seorang polis yang berpangkat koperal, sangat la besar tanggungjawabnya untuk membesarkan anak-anak dia dan isteri yang dicintainya yang tidak bekerja itu. (cewah! Berbunga bahasa aku.. hehe..)
Memandangkan ayah aku bekerja dengan kerajaan, tempoh perkhidmatannya akan tamat ketika umurnya mencecah 55 tahun. Dan sekarang umurnya 51 tahun. Lagi empat tahun untuk dia bersara. Dan aku pula sebagai anaknya yang sulong, baru berumur 20 tahun yang masih belajar untuk mendapatkan segulung ijazah pada tahun 2014, dimana umur aku akan mencapai 23 tahun, dan ayah aku berumur 54 tahun. Setahun lagi untuk dirinya bersara. Dan dalam masa setahun itu jugalah aku perlu mendapatkan pekerjaan tetap Kerana selepas ayah aku bersara, aku perlu bertanggungjawab untuk menanggung keluarga aku. Adik-adik aku yang lagi 7 orang perlukan duit untuk mereka belajar. Dengan duit persaraan ayah aku, belum tentu dapat menampung adik-adik aku yang lain. Memang memberi nafkah itu tanggungjawab ayah aku. Tetapi aku tidak ingin melihat ayah aku bekerja bertungkus-lumus dengan usianya yang tua itu. Ini adalah giliran aku pula untuk menjaga kebajikan kedua ibu bapa aku, dan juga adik-adik aku yang lain.

Maka, tanggungjawab aku sekarang ialah berusaha untuk mendapatkan ijazah kelas pertama sebelum aku memegang tanggungjawab yang lebih berat lagi. Memang sesiapa yang membaca blog aku kali ini akan berkata “Danial ni cakap tak serupa bikin.” Aku mengaku memang aku main-main dalam pelajaran. Tetapi inilah yang selalu bermain-main dalam fikiran aku sebenarnya. Sebab itulah wujudnya perkataan “Aku adalah Harapan Keluarga”. Aku main-main sebab setiap orang ada nafsu kan? Dan nafsu inilah yang buat aku leka seketika. Tambahan pula, korang pernah kan dengar “kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan”? Betul tak? Jadi, perjalanan hidup aku ni bergerak ke arah perancangan yang aku buat dan apa yang akan berlaku, hanya Allah yang tahu. Dan aku berserah kepada-Nya! Semoga perancangan aku ini, direstui oleh Allah! Amin... Inilah realiti kehidupan aku sebagai seorang anak yang sulong.
P/S: Kenapa ayat aku skema? Sebab aku memang skema! Haha..
No comments:
Post a Comment