Tuesday, May 31, 2011

Tanggungjawab!


Assalamualaikum....
Jawab ar salam tu dulu.. Pahala tu..
Ha... Pandai pun jawab.. hehe..
Ok. Sekarang baca la short story aku ni ea?
Nak buat bedtime story pun boleh.. hehe..

    Kepada sesiapa yang sememangnya mengenali diri aku ni, memang diorang dah tahu aku ni anak sulong dari 8 orang adik beradik. Terkejut? Tak payah la nak terkejut. Rezeki parent aku murah. Nak buat macam mana kan. Jadi, tanggungjawab ayah aku seorang polis yang berpangkat koperal, sangat la besar tanggungjawabnya untuk membesarkan anak-anak dia dan isteri yang dicintainya yang tidak bekerja itu. (cewah! Berbunga bahasa aku.. hehe..)

   Memandangkan ayah aku bekerja dengan kerajaan, tempoh perkhidmatannya akan tamat ketika umurnya mencecah 55 tahun. Dan sekarang umurnya 51 tahun. Lagi empat tahun untuk dia bersara. Dan aku pula sebagai anaknya yang sulong, baru berumur 20 tahun yang masih belajar untuk mendapatkan segulung ijazah pada tahun 2014, dimana umur aku akan mencapai 23 tahun, dan ayah aku berumur 54 tahun. Setahun lagi untuk dirinya bersara. Dan dalam masa setahun itu jugalah aku perlu mendapatkan pekerjaan tetap  Kerana selepas ayah aku bersara, aku perlu bertanggungjawab untuk menanggung keluarga aku. Adik-adik aku yang lagi 7 orang perlukan duit untuk mereka belajar. Dengan duit persaraan ayah aku, belum tentu dapat menampung adik-adik aku yang lain. Memang memberi nafkah itu tanggungjawab ayah aku. Tetapi aku tidak ingin melihat ayah aku bekerja bertungkus-lumus dengan usianya yang tua itu. Ini adalah giliran aku pula untuk menjaga kebajikan kedua ibu bapa aku, dan juga adik-adik aku yang lain.
   
   Oleh itu, aku perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan ijazah kelas pertama supaya dengan ijazah ini, insya-Allah peluang pekerjaan aku akan lebih cerah dan jelas. Dan selepas itu, dapatlah aku menolong keluarga aku dari segi kewangan yang mereka perlukan malah, aku juga mungkin dapat menolong kedua ibu bapa aku untuk menunaikan Haji di Mekah. 
 
   Maka, tanggungjawab aku sekarang ialah berusaha untuk mendapatkan ijazah kelas pertama sebelum aku memegang tanggungjawab yang lebih berat lagi. Memang sesiapa yang membaca blog aku kali ini akan berkata “Danial ni cakap tak serupa bikin.” Aku mengaku memang aku main-main dalam pelajaran.  Tetapi inilah yang selalu bermain-main dalam fikiran aku sebenarnya. Sebab itulah wujudnya perkataan “Aku adalah Harapan Keluarga”. Aku main-main sebab setiap orang ada nafsu kan? Dan nafsu inilah yang buat aku leka seketika. Tambahan pula, korang pernah kan dengar “kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan”? Betul tak? Jadi, perjalanan hidup aku ni bergerak ke arah perancangan yang aku buat dan apa yang akan berlaku, hanya Allah yang tahu. Dan aku berserah kepada-Nya! Semoga perancangan aku ini, direstui oleh Allah! Amin... Inilah realiti kehidupan aku sebagai seorang anak yang sulong.

P/S: Kenapa ayat aku skema? Sebab aku memang skema! Haha..

Thursday, May 19, 2011

What is this feeling??


Ok.. Aku buka ecomm ngan harapan pointer 3.8 and above..
Tup Tup PNGS anda tut....~
X mencapai target! At least 3.5 pun xpe la.. Tp x jugak..
Huh.. Aku pun x tau nk cakap pe..
Actually, aku x tau apa perasaan aku bila tengok result aku tu..
Nak kata sedih, xde la sedih truk sangat.. Happy pun x..
Nk senyum pun x nak, nak nangis pun x leh..
Aku x tau what is this feeling actually..
Frust ke?? X jugak..
Waaa......
Susah nk describe!
Ayat yg aku selalu set dlm otak aku, “ Aku Harapan Keluarga!”
Ok.. That statement dh punah, hancus !
Camna ni... Adoi..
Member2 cakap, xpe..
Sem depan ada lagi..
Ok.. Tu pun kalu aku panjang umur lg kan.. Insya-Allah..
Tp seriously, aku x paham apa yg aku rasa skang ni..
What is this feeling???

P/S: mood confuse???

Tuesday, May 3, 2011

Age 20!

Wohohoho....
Aku dh umur 20 beb!
Xde dh nk bunyi belas2 dh after this..
Rasa cam dh tua sangat la plak.. hehe..
So, umur 20 ni, apa yg aku nk wat ea?
For ur information, aku start wat diary! Haha..


Member aku cakap, laki wat diary umur 20,
Cute la bunyi nya..
Huh?! Cute??? Cute kat mana tu? (^^,)
Maybe ada yg cakap aku ni cam budak2 kan wat diary ni?
Tp, ada aku kisah?
Seronok gak ar tulis diary ni.. (baru 3 hari menulis)
Gara2 nengok vampire diaries punya pasal la ni.. hehek..


N pe yg aku tertarik nak tulis diary ni sbnrnya?
It is actually to keep our memories in our life time..
Sbb kita ni manusia.. Mudah lupa..
Tambah2 dh makin tua ni, makin cepat la lupa..
So, diari ni bg aku tuk simpan memori2 aku..
Cam memory card! hehe..
Then kita leh refresh balik pe yg kita wat selama kita hidup ni..
Kita banyak buang masa ngan benda yg berfaedah or x..
Secara x langsung, kita dh leh muhasabah diri.. kan? kan? kan?