Sunday, March 27, 2011

Terima Kasih Kepada Penyamun!

Terima Kasih sesangat la kepada penyamun Lap Top aku!
Disebabkan ko, aku dpt lap top baru! Haha..
Celaka kepada ko jugak!
Sbb semua data2 aku dh hilang,
Agak nyusahkan aku la tuk sem 2 ni..
Harap ko masuk neraka cepat2! huh!
Anyway, this is my new lap top..
Nasib la dia ngah promotion time aku nk gi beli..
Tp aku xleh nk happy sangat,
after aku beli laptop aku ni,
sem 2 ni aku wajib dpt 3.8 above or
anugerah dekan lg!
Tuk wat hati parent aku happy,
xde la diorang rasa rugi beli lap top baru tuk aku ni..
Ya-Allah, tolonglah aku! Amin..




Tuesday, March 22, 2011

Happy ke??

Woot! Woh! Wau!
Aku terbaca satu artikel,
Mengikut kajian metafizik ( aku suka tul metafizik ni.. Best oo dpt belajar..)
Tahun 2011 ni, ialah tahun kekayaan..
n entah apa yg dia merepek lg ntah aku xingat..
Yg penting, bnyk memberi kebahagiaan ar tahun 2011 ni..
Tp bg aku, tahun 2011 ni, tahun kemusnahan!
Kawan2 aku bergaduh,
Classmate aku pun ada yg bergaduh n perang dingin,
Family aku mula berpecah belah,
Sering bertelingkah,
Macam kucing ni...


Aku ditinggalkan awek..



Pastu, disaat supermoon mengambang....


Lap top aku dicuri plak..



The next day, tengok result kimia, sangat truk..
Hari ni tengok result asas keusahawanan plak, sangat sangat sangat truk...
Huh... Hanya mampu mengeluh je.. n sangat depress..


Tp... Hurm.. actually today, ex aku tetiba call aku plak?? 
Knp ek tetiba dia call aku??


Aku xtau nk cakap perasaan aku time dia call tu..
Happy or geram, or sakit hati sangat..
Kul 4.30 p.m. nset aku tetiba berdering..
Tengok no, aku xkenal..
Then aku angkat, dia bg salam n tanya aku sihat ke x?
Aku terkezut! Then aku tanya sapa ni??
Dia jawab,
"Laaa... Ni Hanis la... Xkan dah lupa?"
Bukan lupa, tp dh delete no, camna nk kenal kan..
Time tu memang aku rasa cam nk xnk je cakap ngan dia..
Tp disebabkan final exam pun dh dekat, 
aku xnk ar sakitkan hati sesapa..
So, aku layan ar dia..
Aku tanya ar dia knp call aku...
Dia cakap dia dpt call free arini.. Tp bukan befday dia arini..
Just dia daftar atas nama adik angkat dia no tu.. 
N today befday adik angkat dia tu..
So, dpt ar call free.. Then,
Borak punya borak, last2 aku tanya ar dia..
"Zul xmarah ke call aku ni?"
"X pun.. Sbb dia x tau pun.."
Then aku pk balik, camni la dia ngan aku dulu kowt..
Xpenah gitau ngan laki mana dia ngah layan..
Kejujuran tu xde dlm diri dia..
N aku rasa besyukur aku dh break up ngan dia..
Tp aku still sayang dia..
Even kalu dia minta couple balik ngan aku, aku rasa aku trima je dia..



Tp nasib dia x minta couple balik..
Hurm... Knp la dia muncul balik dlm hidup aku??
Aku dh mula lupakan dia, tp dia tetiba muncul semula..
KENAPA??!! KENAPA??!! KENAPAAA??!!!

Monday, March 7, 2011

Element!

Hohoi! Hari ni aku ada terbaca artikel rahsia wanita tanah, air, api & angin!
Apa tu...???
Ha.... Mai sini kita tengok artikel tu..

Rahsia Wanita Tanah, Api, Air & Angin


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
  • Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
  • Air - kedua, Keenam, kesepuluh
  • Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Mudah disukai ramai
  • Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata.
     


Kalu dia cakap anak sulong tu tanah, 

aku kena ar cari pasangan elemen air la kan? kan? kan?
Baru subur n bahagia! haha..
Tp ni about rahsia perempuan..
Laki plak camna??
To be continue...

Saturday, March 5, 2011

Aurora!

Aurora!  
One of the gorgeous natural phenomenon
that I really gay to see it with my naked eye!
Its soooo wonderful!
Its just a natural light display in the sky. 
But this phenomenon is rare to watch for most people 
coz its only happen in the polar region 
and I dunno when I will visit that place or
maybe I dont have a chance to go there. 
So, before I die, I really want to lay down on the ground 
and watch the aurora in the sky! 
One of the beautiful, gorgeous, cun, lawa, cantik, jelita, 
creation of Allah. Subhanallah..




P/S: Aku demam ke tetiba speaking ni??

Tuesday, March 1, 2011

Lama tak update!

Yosh! Moshi2! (apa kes speaking jepun ni?)

Woh!Lama tul x update aku punya blog.. 
Ni kes syafiq ar ni tanya sal blog aku ni.. huhu..
Kalu x tanya, aku rasa aku  x buka dh blog aku ni.. 
Tp sorry ar syafiq aku  xbg ko follow blog aku..
Sbb, blog aku ni xpatut pun ko follow.. 
Kalu ko baca blog aku,
aku rasa ko asyik muntah je t baca blog aku ni.. Hehe..  
Tul  x hani?? haha.. (^^,)

Hurm.. Hari ni story apa plak yg aku nk cite ek?
Setakat ni, xde yg interesting.. 
Yg stressing ada la.. Adoi..
Actually, kepala aku rasa beban sangat.. 
Berat giler..
Aku xtau knp... 
Aku try ar mengaji n berzikir, 
tp hati aku n otak aku, still x tenang.. 
Knp ngan aku ni??
Maybe dh lama sangat terperap kat UMK ni kowt..
Hurm.. Kalu dpt lepak kat pantai ni best gak..
Tp aku dh x bawa keta gi UMK ni,
so susah skit ar nk kuar gi pantai ni..
Nk sewa, membazir plak..
Huh... Xde sapa2 nk bw aku gi pantai ke?? hehe..
Memang heaven ar kalu aku dpt lepak tepi pantai..
N sometimes, bila aku stress sangat, aku tetiba teringat ex aku!
Teringat dia gelak la, dia marah la n dia majuk..
Buat aku kadang2 tersenyum sensorang..
Tp skang semua tu aku xleh dengar dh (cam dia dh mati la plak)..
Aku rasa sedih sangat..
Member aku cakap, aku ni lemah sangat! 
Ko tu lelaki, kena ar kuat!
N lantak korang ar nk cakap apa sal aku.. 
Ada aku kisah? 
N aku leh senyum je pd member2 aku.. (^^,)
Memang la aku laki! 
Tp aku ngaku, hati aku lembut n lemah cam pompuan!
N xbermakna aku gay ok!
I just need somebody to love (cam lagu justin bieber tu)! 
Thats all I need!
So that, My Story will be ending with the line..
"Happily Ever After!"